Sunday 10 February 2019

MATLAMAT ? Februari...

Bila bercerita tentang azam, banyak antara kita sering berkata.."tak naklah buat azam baru, azam lama belum tercapai"..so, tahun ni aku ubah sikit style buat azam...tak nak dah buat azam untuk sepanjang tahun..memang betul pun, sebab kalau buat azam untuk selama setahun memang banyak nak dicapai...bila matlamat terlalu banyak , ia kelihatan sukar nak dibuat..bila tak mampu buat, maka tak tercapailah... tahun ni aku ubah matlamat satu tahun menjadi matlamat setiap bulan. Begitulah kehidupan sebenarnya, jika kita mempunyai banyak masalah..susun satu-satu masalah untuk dirungkai satu persatu. Selesaikan satu per satu.

Januari 2019 telahpun beranjak lalu, alhamdulillah, matlamat aku untuk bulan Januari tercapai dua daripada tiga. Bulan Februari ini, masih mengekalkan matlamat bulan Januari dengan sedikit tambahan. Maklumlah, tak lama lagi usiaku akan mencecah 45 tahun. Terasa banyak yang belum tercapai dalam kehidupan ini sungguhpun 5 tahun lagi akan mencapai setengah abad pula. Orang yang berjaya berkata kalau ingin matlamat dicapai, tulislah matlamat..moga-moga jadi pemangkin semangat..so, matlamat bulan Februari ditambah dua berbanding bulan Januari..tak boleh tambah banyak-banyak..Februari masanya singkat aje. jeng..jeng..jeng

1. Membaca sebuah buku dan membuat satu rumusan berkaitan dengan buku tersebut ( ..inilah matlamat yang tak tercapai bulan lepas...hahaha)

2. Menjalani kursus secara online melalui EPSA untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sekurang-kurangya 5 jam.

3. Datang ke pejabat setiap hari sebelum pukul 8 pagi TANPA GAGAL dengan memastikan TAG NAMA sentiasa dipakai..

4. Memastikan pada setiap hari terakhir bekerja (Jumaat) setiap minggu tiada kerja yang tidak dapat disiapkan..Hujung minggu? ENJOY!!!!

5. Melakukan physical exercise sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu...tak boleh setiap hari...ini cabaran terbesar bulan Februari.

Hopefully, bila matlamat dah ditulis dan dishare ni, ia akan dapat dicapai..COME ON FARIDAH!!!


Monday 4 February 2019

2019 ?

Tahun berganti tahun, azam setiap tahun berulang mahupun berubah-ubah...kepuasan hidup masih juga rasa statik di situ..kerana tidak ada usaha keras dan azam yang kuat untuk mencapai apa yang diazamkan. 2019? Usia semakin meningkat, tenaga semakin berkurang..lima tahun lagi usia pun dah setengah abad.. maka tahun ini, diri ini perlu berubah, perlu lebih kuat keazamannya. Meningkatkan mutu kesihatan dan prestasi kerja menjadi keutamaan..memperbanyakkan ilmu di dada juga jadi satu KPI..

Sunday 3 February 2019

Melawat Blog Yang dah berhabuk...

Nak buat blog baru...tiba-tiba terserempak dengan blog lama ni...lamanya tak jenguk...berhabuk sudah...bila ada FB dan Instagram, blog macam dah dilupakan pulak. Banyak catatan dibuat di FB atau di Insta aje..

Baru rasa nak perah idea semula..bukan mudah rupanya nak jadi penulis ni..banyak benda yang muncul di kepala namun agak sukar diluahkan dalam bentuk perkataan.

Sejak akhir-akhir ini semangat untuk menjadi penulis membara semula setelah tenggelam dek kesibukan kerja hakiki.

Semangat nak menulis semula ni timbul dari keseronokan membawa buah hati pengarang jantung ke mana-mana pertandingan memanah..timbul idea nak menulis setiap detik perjalanan kami...mana tahu jadi kenangan satu ketika nanti...semoga post ini tidak menjadi yang terakhir pada tahun ini...

Monday 7 March 2011

baru nak belajar buat blog...

tengok orang punya blog, rasa kecil aje i ni.... masih bertatih-tatih dalam dunia IT ni...tapi nak juga cuba rasa ada blog sendiri...