Sunday 10 February 2019

MATLAMAT ? Februari...

Bila bercerita tentang azam, banyak antara kita sering berkata.."tak naklah buat azam baru, azam lama belum tercapai"..so, tahun ni aku ubah sikit style buat azam...tak nak dah buat azam untuk sepanjang tahun..memang betul pun, sebab kalau buat azam untuk selama setahun memang banyak nak dicapai...bila matlamat terlalu banyak , ia kelihatan sukar nak dibuat..bila tak mampu buat, maka tak tercapailah... tahun ni aku ubah matlamat satu tahun menjadi matlamat setiap bulan. Begitulah kehidupan sebenarnya, jika kita mempunyai banyak masalah..susun satu-satu masalah untuk dirungkai satu persatu. Selesaikan satu per satu.

Januari 2019 telahpun beranjak lalu, alhamdulillah, matlamat aku untuk bulan Januari tercapai dua daripada tiga. Bulan Februari ini, masih mengekalkan matlamat bulan Januari dengan sedikit tambahan. Maklumlah, tak lama lagi usiaku akan mencecah 45 tahun. Terasa banyak yang belum tercapai dalam kehidupan ini sungguhpun 5 tahun lagi akan mencapai setengah abad pula. Orang yang berjaya berkata kalau ingin matlamat dicapai, tulislah matlamat..moga-moga jadi pemangkin semangat..so, matlamat bulan Februari ditambah dua berbanding bulan Januari..tak boleh tambah banyak-banyak..Februari masanya singkat aje. jeng..jeng..jeng

1. Membaca sebuah buku dan membuat satu rumusan berkaitan dengan buku tersebut ( ..inilah matlamat yang tak tercapai bulan lepas...hahaha)

2. Menjalani kursus secara online melalui EPSA untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sekurang-kurangya 5 jam.

3. Datang ke pejabat setiap hari sebelum pukul 8 pagi TANPA GAGAL dengan memastikan TAG NAMA sentiasa dipakai..

4. Memastikan pada setiap hari terakhir bekerja (Jumaat) setiap minggu tiada kerja yang tidak dapat disiapkan..Hujung minggu? ENJOY!!!!

5. Melakukan physical exercise sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu...tak boleh setiap hari...ini cabaran terbesar bulan Februari.

Hopefully, bila matlamat dah ditulis dan dishare ni, ia akan dapat dicapai..COME ON FARIDAH!!!


No comments:

Post a Comment